Pages

Sunday, 31 August 2014

Rindu arwah mama :'(

Tanggal 17.5.2014, mama angkat aku meninggalkan keluarganya dan keluargaku akibat sakit kencing manis. aku dan keluargaku amat terkejut apabila mendengar berita sedih ini kerana baru seminggu sebelum itu, kami pergi melawat dia dan dia kelihatan sihat seperti biasa walaupun masih dirawat di hospital. aku amat terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengannya sebelum dia kembali ke rahmatullah.apabila ibuku kata terima kasih mama sbb jaga aku dengan adik2 aku, masa tu, mmg terus jatuh air mata ku. air mata ku mengalir keluar tanpa berhenti. kembali terbayang segala gelak tawa mama.  dari aku kecil, sampai aku besar, time mak ayah aku kerja, mama lah yang menjaga aku dengan adk2 aku. mamalah yang bagi aku makan. disebabkan dia, aku mula suka tengok cerita gerak khas, 999. aku jugak pernah sambut birthday dengan family dia. terlampau banyak kenangan bersama arwah yang akan menjadi kenangan manis buat aku dan adik2ku. anak ketiga nya yang ku panggil alang masih menatap kubur arwah mama walaupun sudah dikebumi. dia dan adik bongsunya yang paling sedih apabila kehilangan mama.seminggu selepas dia pergi menghadap pencipta-Nya, tiba pula hari lahir mama. aku rindu arwah mama. walaupun dia bukan ibu kandungku, tapi dia telah mengasuh aku dan adik2 ku ketika kami kecil. al- fatihah ..


No comments:

Post a Comment